Ahlan Wasahlan Selamat Datang ke j-QAF SK Langkon, Kota Marudu, Sabah

SELAMAT HARI GURU 2010














Glitter Graphics


Ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SK Langkon...

Monday, May 17, 2010

KURSUS KHAS GURU PENDIDIKAN ISLAM J-QAF 2009

Pada 3 hingga 5 Ogos 2009 bertempat di Hotel Ria, Kudat, telah berkampung guru-guru j-QAF kawasan Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Penampang bagi mengikuti Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Fasa 4, Siri 1 anjuran Bahagian Operasi Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam, Sabah dengan kerjasama Bahagian Pendidkan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara pengisian kursus ini adalah Protokol Memartabatkan Imej Guru Pendidikan Islam, Fiqh Al-Aulawiyyat dalam Pengurusan Pendidikan Islam, Perancangan Strategik, Pengurusan Dakwah Sekolah dan Isu-Isu Keselamatan Negara (PDRM). Selain itu, juga diselitkan di dalam kursus ini, usrah dan kajian kes.

Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil semasa kursus dijalankan :



Beginilah permandangan luar hotel dari bilik kami...Hotel Ria, Kudat ini terletak di pinggir laut Kudat...dari bilik hotel, boleh nampak air laut dan bot-bot nelayan...angin bertiup kencang sepanjang kursus ini dijalankan...



Pengenalan Organisasi Bahagian Pendidikan Islam, KPM yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzan Mohd Mokhtar dari BPI, Kementerian Pelajaran Malaysia.



Uataz Saiful Zaman dari Bahagian Operasi Dakwah, SPI Sabah memberi ceramah tentang Dakwah di sekolah...banyak pengisian yang dapat diambil dari ceramah ni...



Majlis Penutup Kursus Khas Guru Pendidikan Islam ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Fauzan Mohd Mokhtar.



Bergambar kenangan bersama ahli bilik...


Di akhir kursus ini, kami telah diberikan tugasan projek "Muridku Sayang" yang perlu dijalankan selama 2 bulan bagi membuat kajiselidik tentang murid yang bermasalah dalam pembelajaran mereka.

Tuesday, August 11, 2009

 
J-QAF - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger