Ahlan Wasahlan Selamat Datang ke j-QAF SK Langkon, Kota Marudu, Sabah

TAKLIMAT e-PELAPORAN 2009


Pada 29 Jun 2009 pada pukul 9.00 pagi bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu, telah diadakan taklimat e-pelaporan j-QAF 2009 yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, PPD Kota Marudu, Ustaz Zainal Aliuddin yang telah dibantu oleh Jurulatih Utama bagi pengisian e-pelaporan kali ini, iaitu Ustaz Mohd Shahrudin Abdullah dari SK Taritipan, Kota Marudu.


Sebanyak 21 buah sekolah dikumpulkan untuk taklimat ini di mana 16 buah sekolah telah melaksanakan Program j-QAF manakala 5 buah sekolah lagi belum menerima guru j-QAF untuk berkhidmat di bawahnya. Semua laporan hendaklah dihantar kepada JU yang telah dilantik pada atau sebelum 3 Julai 2009.

Tuesday, June 30, 2009

0 Comments:

 
J-QAF - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger