Ahlan Wasahlan Selamat Datang ke j-QAF SK Langkon, Kota Marudu, Sabah

KELAS TASMIK

Beginilah keadaan kelas tasmik bagi murid j-QAF SK Langkon. Disebabkan tiada bilik atau makmal j-QAF yang khusus, pelaksanaan tasmik ini telah dijalankan di Pusat Akses SK Langkon.

Situasi kelas tasmik bagi murid tahun 1


Situasi kelas tasmik bagi murid tahun 2


Kelas tasmik telah dilaksanakan mengikut tahun bagi hari yang berbeza. Setelah disepakati oleh GPI dan GPI j-QAF melalui mesyuarat yang telah diadakan, kelas tasmik telah dijalankan pada hari Isnin untuk Tahun 3, Selasa untuk Tahun 2, Rabu untuk tahun 1 dan Khamis untuk Tahun 4. Disebabkan sekolah mempunyai sesi persekolahan dua sesi (sesi pagi untuk sekolah rendah dan sesi petang untuk sekolah menengah) dan masalah pengangkutan dan keselamatan bagi murid-murid sekolah rendah, kelas tasmik telah dijalankan selama 2 waktu iaitu mulai pukul 12 tengahari hingga 1 petang bagi Tahun 1 hingga 3 manakala Tahun 4 mulai pukul 12.30 tengahari hingga 1 petang.

Thursday, July 9, 2009

0 Comments:

 
J-QAF - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger